TARIKH 31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan. Hari Malaysia pula disambut pada 16 September untuk memperingati penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura ke Tanah Melayu pada tahun 1963. Memahami hakikat sebenar makna, nilai dan harga kedua-dua tarikh bersejarah ini harus menyebabkan kita berasa insaf, timbul rasa syukur dan membangkit nyalarasa patriotisme untuk mempertahankannya dengan sepenuh jiwa raga.
Bagi Almarhum Ustaz Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, sebagai umat beragama, kemerdekaan adalah nikmat Tuhan yang diwajib disyukuri dengan cara yang diredai dan disenangi sang Penganugerahnya iaitu dengan membina kehidupan yang menepati erti kemerdekaan semurni dan setulennya. Dengan kesyukuran sebenar, maka kata hukama akan mengekalkan nikmat kemerdekaan. Kesyukuran hadir dalam hati sanubari apabila kita benar-benar menghayati makna dan hakikat sebenar kemerdekaan di minda, jiwa dan raga. Pemahaman terhadap makna sebenar kemerdekaan pula perlulah diambil daripada ahli yang benar-benar faham, menghayati bahkan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan yang diredai dan disenangi sang Penganugerahnya sebagaimana yang disebut oleh Almarhum Ustaz Siddiq Fadzil di atas, Pendeta Za’ba dan Pemikir Malik Bennabi adalah antaranya.
Menyorot pandangan pemuka ilmu kebanggaan Negeri Sembilan iaitu Pendeta Za’ba tentang makna kemerdekaan adalah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada kepercayaan-kepercayan serong dan terpesong kepada kepercayaan yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia”. Malik Bennabi pula menjelaskan bahawa perjuangan membebaskan tanah air harus segera disusuli dengan perjuangan minda agar bebas daripada belenggu minda anak jajahan.
Kefahaman dan penghayatan mendalam terhadap kedua-dua erti kemerdekaan yang diutarakan oleh kedua-dua pemikir ini mampu membangkitkan semangat minda, jiwa dan raga merdeka dalam erti kata sebenarnya. Sebagai warga yang memiliki minda, jiwa dan raga yang benar-benar merdeka akan memastikan bukan sahaja dirinya merdeka bahkan ia akan memastikan orang lain juga turut memiliki kemerdekaan yang sama. Bukan sahaja orang lain, institusi-institusi penting rakyat yang memastikan keadilan untuk rakyat turut dipastikan bebas, merdeka dan berdaulat.
Parlimen adalah antara institusi rakyat yang sangat penting dipastikan merdeka, bebas dan mempunyai kedaulatan sebagai teras kepada Perlembagaan Negara. Parlimen merupakan salah satu institusi legislatif yang penting bagi mengimbangi kuasa eksekutif dan kehakiman agar kuasa pemerintahan tidak dibolot oleh hanya satu institusi. Doktrin pemisahan kuasa penting bagi memastikan kuasa semak imbang berjalan baik demi menegakkan keadilan yang menjadi teras kepada makna kemerdekaan yang sebenarnya. Menteri-menteri persekutuan adalah bertanggungjawab kepada Parlimen. Malaysia yang merdeka bermakna mempunyai kerajaan yang demokratik berdasarkan prinsip legislatif persekutuan yang kuat di bawah perlembagaan yang berasaskan demokrasi berparlimen di mana para menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen.
Disebabkan itulah juga, Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM) sangat mendokong dikembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen bagi memastikan Parlimen menjadi institusi yang benar-benar bebas dan berwibawa dengan mempunyai pentadbiran dan pengurusan kewangan sendiri di samping memperkasakan elemen penyelidikan.
Apabilan Parlimen pertama kali bersidang pada 11 September 1959, Yang di-Pertuan Agong mempertegaskan dalam titah pembukaannya pada 12 September 1959 bahawa Parlimen merupakan “mahkota” yang menyempurnakan proses pembentukan kerajaan demokratik untuk Malaysia yang merdeka. Intipati Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sebagai prinsip asas turut dipertegaskan dalam proklamasi kemerdekaan yang disampaikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957. Ini sangat menggambarkan bahawa batu asas kukuh ini sebagai pra-syarat memastikan asas kenegaraan dan penerusan kemerdekaan terjamin. Selama mana prinsip dan ruh ini dihayati maka Malaysia akan terus mengecapi kemerdekaan dan kemakmuran yang berpanjangan.
Menurut Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff dan Profesor Emeritus Shad Saleem Faruqi, pengungkapan perkataan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan sebanyak 303 kali menggambarkan kepentingan fungsi perlembagaan Parlimen yang kritikal. Sebagai institusi yang berdaulat dan bebas, tambah kedua-dua tokoh tersebut bahawa Parlimen berperanan untuk membikin undang-undang; melulus dan mengabsahkan perbelanjaan duit rakyat; menguatkuasakan fungsi dan tanggungjawab kementerian dan; mendengar dan menyelesaikan permasalahan rakyat.
Kedaulatan Parlimen juga tergambar melalui keanggotaannya yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua “Majlis” iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara mewakili negeri-negeri manakala Dewan Rakyat mewakili rakyat dan memberikan legitimasi kepada pembentukan kerajaan yang memerintah. Kedua-dua dewan ini bukan sekadar rubber stamp namun mempunyai fungsi masing-masing yang sangat penting dalam mempertahankan suara dan kepentingan rakyat.
Parlimen yang diharapkan menjadi institusi membela rakyat harus terus bebas berdaulat, menjadi ejen semak dan imbang kepada eksekutif pentadbiran negara. Sebarang usaha pembaharuan dan usaha memberikan autonomi kepada Parlimen wajib disokong dan direalisasikan agar Parlimen benar-benar berfungsi dengan berkesan untuk membela suara rakyat, antaranya adalah mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen dan usaha reformasi Dewan Negara.
Jelas Parlimen merupakan antara institusi penting yang mendasari Perlembagaan Persekutuan bahkan menjadi asas kepada kemerdekaan dan pembetukan negara Malaysia pada hari ini. Parlimen akan terus menjadi simbol kemerdekaan dan perpaduan negara. Sebagai rakyat yang benar-benar menghayati ruh kemerdekaan, maka pastikan diri anda, orang sekeliling dan institusi rakyat Parlimen akan terus kekal merdeka bagi memastikan kemerdekaan terus disyukuri dan kekal berpanjangan.
* Jufitri Joha merupakan Felo Utama Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Jufitri Joha
Tue Sep 20 2022
31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023
Seramai 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PM Anwar saksikan pertukaran 6 MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
MoU itu antaranya melibatkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU) sebagai usaha mengukuhkan dan membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan serta pertukaran maklumat perdagangan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Hari Kebangsaan: Abang bomba tetap jadi perhatian, bawa plakad buat penonton 'merah pipi'
Kontinjen ini menerima sorakan paling gemuruh penonton yang menyaksikan secara langsung di Dataran Putrajaya.
Pengusaha butik pengantin hasilkan tanjak Jalur Gemilang
Seorang pengusaha butik pengantin dari Kampung Pondok, di Kangar, menghasilkan tanjak Jalur Gemilang khusus buat bayi dan kanak-kanak.
Kibar Jalur Gemilang pamer kesetiaan, cinta pada negara - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan.
"Kami macam kain buruk", veteran ATM harap nasib mereka dibela
"Kami bukan minta dihargai atau disanjung, cuma faham kami berkhidmat tanpa mengira waktu kan masa kami berkhidmat."
Kanak-kanak antara lima maut dalam insiden tembakan di Chicago
Seorang kanak-kanak perempuan antara lima terbunuh dalam insiden tembakan di Chicago semasa hari kemerdekaan Amerika Syarikat (AS).
Tidak kenal sejarah buat orang muda jiwa kosong
Ada generasi muda kurang memahami kerana tidak berada di zaman kesusahan dan tidak pernah rasa perit jerih untuk mencapai kemerdekaan.
Percayalah pada Malaysia: Presiden MCA bawa dwi-watak dalam mesej Hari Kebangsaan
Percayalah pada Malaysia, seru Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam video yang ditampil oleh beliau, 'Citizens'.
Kerajaan digesa batal konsert Merdeka, elak bertembung Bersih 4.0
Shamsul Anuar menggesa kerajaan membatalkan acara konsert kemerdekaan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku jika perhimpunan Bersih 4.0 diadakan pada waktu yang sama.